TRIP KEMANUSIAN MANGSA BANJIR DI PENANG DAN KEDAH ANJURAN SURAU AL-MAWADDAH SEKSYEN 7 SHAH ALAM 11-12 NOV 2017
Bergerak dari Shah Alam Hari Jumaat Jam 9.30 malam. Trip kali ini membabitkan 10 buah pacuan empat roda membawa bahan makanan dan pakaian.
Lokasi yang kami lawati di Penang adalah Bertam Indah, Kampung Labuh Banting, Sungai 2, Kampung Air Itam, Sungai 2 dan Kampung Kota, Batang Pasir. Manakala di Kedah adalah Kampung Singkir (Singkiaq) Laut, Yan.
Bertolak pulang ke Shah Alam Hari Ahad pagi.