Tuesday, 20 June 2017

PROGRAM KAMI PRIHATIN SIK KEDAH 12-14 MEI 2017

Program kami prihatin Sik Kedah di anjurkan oleh Surau Al-Mawaddah Seksyen 7 Shah Alam. Program ini berlangsung selama 3 hari dari 12hb hingga 14hb Mei 2017. Tujuan program ini adalah untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk kampung di Sik dan juga Baling, Kedah. Alhamdulillah program kami prihatin ini mendapat sokongan dan tajaan dari Bernas, jakel dan CSR .


Stiker yang terdapat di kenderaan peserta






Program ini di sertai oleh 13 buah kenderaan pacuan empat roda (4x4), sebuah starex untuk membawa muslimah Mawaddah, sebuah van untuk membawa remaja Mawaddah dan sebuah lori 3 ton bagi membawa barang makanan.

Jumaat 12hb Mei - Kami berkumpul di Surau Al Mawaddah selepas solat Jumaat. Jam 4 petang kami mula bergerak dan tiba di Sik Inn lebih kurang jam 12 tengah malam. Pihak Surau ada menyewa beberapa homestay untuk kami bermalam.




Sabtu 13hb Mei 2017 - Selepas sarapan pagi kerja-kerja penghantaran bantuan bermula. Di Sik kami di bantu oleh guru-guru sekolah yang telah membuat senarai penerima bantuan. Mereka juga yang menjadi guide dengan menaiki motor di bawah terik matahari. Lokasi kampung yang kami lawati adalah di Nami dan Gulau.
































Ahad 14hb Mei 2017 - Hari terakhir kami di Kedah. Dari Sik kami bergerak ke Kampung Weng Dalam, Baling Kedah. Di sana salah seorang penduduk bermurah hati menempatkan rumahnya sebagai pusat agihan kepada penduduk di sana.













Wakil Kg Weng Dalam Bersama Wakil Surau Al Mawaddah

Pekena Air nira sebelum balik Shah Alam

Remaja Mawaddah bersama Imam Surau Mawaddah

Ucapan terima kasih kepada Ahli2 Surau Al-Mawaddah, ahli2 Kembara 7, Muslimah Mawaddah, Remaja Mawaddah, guru2 di Sik dan Weng, penduduk kampung yang menjamu kami makan tengahari dan malam dengan masakan gulai kampung, wakil dari Ikram, Jakel, Bernas, CSR dan semua yang terlibat dalam misi ini-Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua. Semoga pengalaman ini menginsafkan kita semua. Aamiin.

Kita jumpa di misi kedua.

No comments:

Post a Comment