Monday, 27 March 2017

8/3/2017 - 9/3/2017 TRIP IKAN MERAH CHERATING

Nabil cafe
Cherating Inn
makan malam dengan hasil tangkapan


Kali ini kami rancang untuk memancing di Cherating. Kami bergerak dari Shah Alam pukul 4.30 petang. Sampai di Cherating pukul 8.30 malam. Sebelum Check in di Cherating Inn Beach View, kami makan malam di Restoran Nabil cafe.

Esok pagi lebih kurang pukul 6.30 pagi kami mula bergerak ke lokasi memancing menaiki bot yang di kendali oleh Tekong Azrul. Hasil tangkapan adalah ikan merah, kerapu, selar, haruan tasik yang berat nya 10.5 kilogram, kaci dan parang. Aktiviti memancing hingga pukul 5.00 petang.

Pada sebelah malam, kami memilih 2 ekor ikan merah dan 2 ekor ikan kerapu untuk di masak di restoran nabil. kami bergerak meninggal cherating jam 10.30 malam.


FOR SALE : AGRICULTURE LAND IN DENGKIL


Property  Name : Agriculture land
Zoning : Residential. Density 16units/acre
Category of land use : Bangunan
Tenure : Freehold.
Size  : 3.75 acres @ 163,350 sft
Location  : Pulau Meranti, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan
Ownership : Individual
Sale Price  : RM 55.00/sft @ RM 8,984,250.00
Land features : Flat
Accessibility : Jalan Pulau Meranti
Expressway connectivity : SKVE and Elite Highway
Municipal : Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
Express Of Condition : Residential building
Restriction In Interest : Malay reserved area.
Nearby township/development : Bandar Bukit Puchong, Puchong Perdana, Cyberjaya, Putrajaya and Dengkil.
Nearest Facilities/amenities : Tesco and IOI Mall
Contact Aziz @ 019-3283153

Monday, 20 March 2017

SOHO @ VISTA ALAM SECTION 14 SHAH ALAM




SOHO
Intermediate
1+1rooms and 2 bathrooms
Unfurnished
2 aircon
714 sft
Swimming pool view
Leasehold
Level 15, Vista Alam, Section 14, Shah Alam, Selangor.

PROXIMITY
SACC Mall, SACC Convention Centre, Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral, Maybank, Bluewave hotel, Post Office, DEMC, college and University.

ACCESS
Easily access to LKSA, ELITE , federal highway and NKVE

SALE PRICE
RM 430,000.00 nego
TERMS

As is where is 

Contact Aziz @ 019-3283153

Friday, 17 March 2017

FULLY FURNISHED SEMI-D FOR SALE IN ALAM IMPIAN

FULLY FURNISHED END LOT SEMI-D IN ALAM IMPIAN FOR SALE

THE PROPERTY
Semi-D
End lot
4+1 bedrooms and 4 bathrooms
Fully furnished
Good condition
Land area 3,700 sft. Built-up 3,200 ft
Facing playground

LOCATION
Tinta, Alam Impian, seksyen 35, Shah Alam.

PROXIMITY
Development  Taman Desa Kemuning, Mutiara Bukit Kemuning and Bukit Naga

ACCESS
Easily access to LKSA, ELITE and Shah Alam Pulau Indah expressway.

RENTAL PRICE
RM 3,500.00 per month

SALE PRICE
RM 1.6 million

Contact Aziz @ 019-3283153


Tuesday, 14 March 2017

TRIP 4X4 SUNGAI SALAN JERANTUTS

Sabtu 4/3/2017-Ahad 5/3/2017 @ Trip 4x4 Surau Mawaddah ke Sungai Salan Jerantut Pahang.

Trip 4x4 ini adalah anjuran Surau Mawaddah seksyen 7 Shah Alam. Sebanyak 8 buah kereta 4x4 yang menyertai trip ini, Land rover defender, 3 buah toyota hilux, discovery, ford ranger dan 2 buah jeep cherokee. Jumlah peserta adalah dalam anggaran 24 orang.



Kami mula berkumpul di Surau Mawaddah jam 7.00 pagi. Pukul 9.00 pagi kami bergerak melalui Seksyen U12 masuk ke NKVE Bukit Raja. Kami tiba di Tol Temerloh hampir pukul 12.00 tengahari.Perjalanan seterusnya ke tapak perkhemahan sungai salan di anggarkan lebih kurang dalam 2 jam tetapi disebabkan laluan ke kem perkhemahan ini berbukit dan selepas hujan, kami tiba di tapak perkhemahan lebih kurang pukul 4.30 petang. Kenderaan yang berjaya masuk ke tapak perkhemahan  hanya 4 buah, Defender, Discovery dan 2 buah Jeep Cherokee. Yang lain terpaksa di tinggal di atas bukit kerana keadaan jalan yang agak teruk.



Tiba di tapak perkhemahan, masing2 mula memasang khemah. Chef najib sibuk memasak di dapur. Dalam masa yang sama hujan mulai turun. Nasib baik ada khemah yang siap di pasang, boleh lah berteduh sementara tunggu hujan berhenti. Trip kami turut di sertai oleh 5 orang anak tempatan jerantut yang menjadi guide kami. Mereka banyak membantu dari segi menjaga keselamatan dan juga membawa peserta memancing dan jungle trekking. Pada sebelah malam selain dari bbq ada juga peserta yang pergi memancing.



Pada hari ahad selepas sarapan, para peserta sibuk bersiap untuk pergi jungle trekking. Yang tidak pergi, mula mengemas khemah dan membersih tapak perkhemahan. Pada pukul 11.00 pagi kami mula bertolak balik sebab risau hujan akan menyebabkan jalan licin dan lecak.

Untuk melepas bukit pertama yang hanya 50m dari tapak perkhemahan mengambil masa lebih kurang 2 jam sebab keadaan jalan yang licin dan lecak.
/>

Kami sampai di Masjid Jerantut lebih kurang pukul 3.00 ptg. Ada yang pergi makan dulu sebab kelaparan. Dari situ kami bertolak balik ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 8.30 malam.

Trip yang sebegini adalah penting kerjasama, idea dan kesabaran untuk melepasi halangan. Land Rover Defender memainkan peranan yang besar kerana berjaya menarik Discovery dan Jeep Cherokee yang sangkut dalam lumpur. Defender di pandu oleh Haji Yunus, orang yang cukup berpengalaman. Terima kasih kepada 5 pemuda jerantut yang banyak membantu kami.

 Jumpa lagi ....trip ikan merah di Cherating.