Monday, 6 March 2017

MEMANCING DI KELONG TELOK GONG 21/02/2017

Masak lemak ikan duri, tebal pipi dan senangin
makan tengahari
Ikan Talang

 Selasa 21/2/2017

Trip memancing di Kelong Telok Gong Port Kelang. Lima orang pengail yang terbabit dalam trip ini.  Kami berangkat dari Shah Alam jam 8.30 pagi dan sampai di Telok Gong lebih kurang pukul 9.30 pagi. Umpan yang digunakan ialah udang hidup.

Sebelum trip ni, selalu jugak kami memancing di sana, sebulan 2 kali, cuma kali ini saya membuat keputusan untuk menulis selain dari iklan hartanah. Tangkapan yang kami dapat tak sebanyak sebelumnya. Sebelah pagi kami dapat senangin, tebal pipi dan ikan duri.

Seperti biasa hasil tangkapan akan kami masak untuk buat lauk. Kali ni menu masakan adalah ikan masak lemak.

Pada sebelah petang hasil tangkapan adalah ikan talang, gelama dan senangin. Pukul 8 malam kami mula bersiap untuk balik ke Shah Alam.

Sepatutnya pada 1/3/2017 kami ada trip memancing di Cherating. Oleh kerana ombak agak besar, trip tersebut di tunda pada 09/03/2017.



1 comment:

  1. Sewa 1 kelong berapa $?
    Ada contact number owner kelong tak?

    ReplyDelete