Trip 4x4 ini adalah anjuran Surau Mawaddah seksyen 7 Shah Alam. Sebanyak 8 buah kereta 4x4 yang menyertai trip ini, Land rover defender, 3 buah toyota hilux, discovery, ford ranger dan 2 buah jeep cherokee. Jumlah peserta adalah dalam anggaran 24 orang.
Kami mula berkumpul di Surau Mawaddah jam 7.00 pagi. Pukul 9.00 pagi kami bergerak melalui Seksyen U12 masuk ke NKVE Bukit Raja. Kami tiba di Tol Temerloh hampir pukul 12.00 tengahari.Perjalanan seterusnya ke tapak perkhemahan sungai salan di anggarkan lebih kurang dalam 2 jam tetapi disebabkan laluan ke kem perkhemahan ini berbukit dan selepas hujan, kami tiba di tapak perkhemahan lebih kurang pukul 4.30 petang. Kenderaan yang berjaya masuk ke tapak perkhemahan hanya 4 buah, Defender, Discovery dan 2 buah Jeep Cherokee. Yang lain terpaksa di tinggal di atas bukit kerana keadaan jalan yang agak teruk.
Tiba di tapak perkhemahan, masing2 mula memasang khemah. Chef najib sibuk memasak di dapur. Dalam masa yang sama hujan mulai turun. Nasib baik ada khemah yang siap di pasang, boleh lah berteduh sementara tunggu hujan berhenti. Trip kami turut di sertai oleh 5 orang anak tempatan jerantut yang menjadi guide kami. Mereka banyak membantu dari segi menjaga keselamatan dan juga membawa peserta memancing dan jungle trekking. Pada sebelah malam selain dari bbq ada juga peserta yang pergi memancing.
Pada hari ahad selepas sarapan, para peserta sibuk bersiap untuk pergi jungle trekking. Yang tidak pergi, mula mengemas khemah dan membersih tapak perkhemahan. Pada pukul 11.00 pagi kami mula bertolak balik sebab risau hujan akan menyebabkan jalan licin dan lecak.
Untuk melepas bukit pertama yang hanya 50m dari tapak perkhemahan mengambil masa lebih kurang 2 jam sebab keadaan jalan yang licin dan lecak.
/>
Kami sampai di Masjid Jerantut lebih kurang pukul 3.00 ptg. Ada yang pergi makan dulu sebab kelaparan. Dari situ kami bertolak balik ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 8.30 malam.
Trip yang sebegini adalah penting kerjasama, idea dan kesabaran untuk melepasi halangan. Land Rover Defender memainkan peranan yang besar kerana berjaya menarik Discovery dan Jeep Cherokee yang sangkut dalam lumpur. Defender di pandu oleh Haji Yunus, orang yang cukup berpengalaman. Terima kasih kepada 5 pemuda jerantut yang banyak membantu kami.
Jumpa lagi ....trip ikan merah di Cherating.
No comments:
Post a Comment